Perak Hari Ini

Pemandu Lori Patah Kaki Kiri Akibat Tersepit

    SLIM RIVER: Seorang pemandu lori tiga tan patah kaki kiri apabila terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori lain, dekat sini, pagi tadi.

    Ketua Operasi, PBK II Rosli, berkata kemalangan yang berlaku pada jam 5.37 pagi itu melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah lori treler di KM382.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan.
    “Kita menggunakan peralatan yang ada bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudiannya menyerahkan  kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.,” katanya.
    Menurut Bahagian Trafik Balai Polis Tanjung Malim, Inspektor Amirul Fariz, mangsa yang tersepit adalah pemandu lori tiga tan.
    “Mangsa hanya patah kaki kiri manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi PerakToday.com.my.
    Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori tiga tan melanggar bahagian belakang treler berkenaan.
    “Selepas melanggar bahagian belakang tersebut, kedua-dua lori  terseret sejauh 100 meter,” katanya.
    Sehingga kini, laporan polis masih belum dibuat.
    Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");