Jenayah

Pemandu malas, degil punca nahas

Pemandu malas, degil punca nahas Gambar yang dikongsikan seorang pemilik akaun Facebook mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan berkenaan, pagi semalam

JOHOR BAHRU – Pemalas dan degil adalah gambaran paling tepat terhadap sikap segelintir pemandu yang mengambil tindakan pintas meskipun memperjudikan nyawa sendiri.

Sikap pemandu cuai ini bukan hanya membahayakan diri malah akhirnya menyusahkan pengguna yang lain.

Alasan hendak cepat dan kedudukan laluan pusingan U jauh menjadi penyebab pemandu mengambil keputusan pintas keluar dari persimpangan keluar Danga Bay susur Jalan Skudai.

Tinjauan mendapati, laluan pusingan untuk ke Jalan Skudai telah disediakan kurang dua kilometer dari persimpangan tersebut.

Salah seorang pekerja swasta di kawasan tersebut, Izyan Ahmad, 29, berkata, dia kerap melihat pemandu yang ingkar sehingga nyaris berlaku kemalangan.

“Mereka ini pentingkan diri, walhal telah disediakan laluan untuk ke Jalan Skudai, cuma perlu buat pusingan di persimpangan pertama Lebuh raya Pesisir Pantai.

“Pernah berlaku insiden kenderaan (degil) nyaris dilanggar kereta lain yang datang dari arah bandar malah kereta tersebut terpaksa memperlahankan kenderaan mereka bagi memberi laluan kepada pemandu ini,” katanya.

Manakala, Rifhan Zainuddin, 24, tabiat mengambil jalan pintas bagaikan telah sebati dengan cara buat segelintir pemandu di negara ini.

“Mereka lebih pentingkan masa daripada nyawa, memang ramai pemandu bersikap begitu,” katanya.

Sementara itu Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Johor, Deputi Supritendan, Roslan Ali berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi pemandu yang dikesan melakukan kesalahan tersebut.

“Kita akan ambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengubah haluan dengan saman maksimum RM300,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");