Jenayah

Penganggur dipenjara curi barang

KUALA LUMPUR – Padah mencuri barangan makanan dan mandian bernilai RM371.90 dari Pasaraya Mydin, seorang penganggur dipenjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Choong Seng, 36, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan Tan dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

Tan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri 20 paket coklat Cadbury, empat botol sabun, 10 botol syampu dan dua helai kemeja-T di Pasaraya Mydin, Sinar Kota, Jalan Silang, Dang Wangi di sini, pada 4.45 petang semalam.

Dia yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut fakta kes, Tan ditangkap selepas gagal menunjukkan sebarang resit pembelian ketika diperiksa pengawal keselamatan pasar raya itu.

Ketika rayuan, tertuduh memohon hukuman ringan, tetapi Pegawai Pendakwa Insp Zuraimi Kamarozzaman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dan mengambil kira tertuduh pernah memiliki rekod lampau bagi satu kes samun dan dua kes dadah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");