Isu Panas

Penyokong Anwar sokong calon BN?

PERMATANG PAUH – Aktivis ?pelajar Universiti Malaya (UM), Mohd Fahmi Zainol yang sebelum ini dilihat ?cenderung kepada pembangkang ?,dilihat bersama calon BN, Suhaimi Sabudin dalam program pentas anak muda di Pasar Malam Taman Penanti di sini malam kelmarin.

?Beliau yakin calon yang ditampilkan BN pada PRK Permatang Pauh mampu membawa perubahan politik tanah air khususnya di Permatang Pauh.?

Menurutnya, pendekatan BN yang menampilkan calon muda ?adalah satu pembaharuan selain menepati aspirasi golongan muda di negara ini.

?”Calon muda perlu diketengahkan ?bagi memastikan politik tanah air lebih maju dan tidak terus berada ditak?uk lama.

“Pendekatan ?seperti ini yang kita mahu untuk membawa perubahan pada lanskap politik negara.

“?Jika parti politik terus meleta?k?kan calon lama?, ia tidak memberi sebarang pembaharuan dan terus berada tahap lama,” katanya ketika ditemui media.

Dalam majlis ?itu, Mohd Fahmi turut ?bergambar bersama Suhaimi ?sebelum bersama-sama berkempen ?dan ?bertemu pengundi di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai calon yang ditampilkan BN, ?beliau berkata, pemimpin muda pasti mempunyai pendekatan baharu dalam melakar masa depan yang lebih cerah.

Mohd Fahmi ?adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan pernah di?kenakan tindakan peng?g?antungan dua semester dan didenda RM600 selepas didapati bersalah bagi empat dari lapan pertuduhan terlibat secara langsung dalam himpunan sempena pidato ?Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim?, ‘40 Tahun: Dari UM ke Penjara’ pada 27 Oktober tahun lalu.

Hukuman itu selari dengan Kaedah-kaedah UM (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 kerana menganjurkan perhimpunan haram, menghadiri perhimpunan haram dan mengingkari arahan universiti.

Perhimpunan pada 27 Oktober tahun lalu itu yang tidak mendapat permit polis diadakan di pekarangan UM bertukar kecoh apabila kesemua yang hadir melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa serta bertindak memecahkan pagar untuk memasuki kawasan universiti.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");