Sukan Hari Ini

Perangkap menanti Tok Gajah di Bandaraya

PASUKAN Pulau Pinang positif mampu mengatasi kelebihan dua gol yang diperoleh Pahang pada aksi kedua suku akhir Piala FA 2015 di Stadium Bandaraya, malam esok.

Pengurus pasukan, Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata, ketua jurulatihnya, Jacksen F Tiago bakal menggunakan strategi berlainan ketika menerima kunjungan juara bertahan itu dalam usaha memburu gol awal.

Menurutnya, kelemahan ketika tewas di Kuantan dua minggu lalu sudah pun dikenal pasti dan kini pasukannya sedang giat merencanakan beberapa strategi untuk memerangkap lawan.

“Beraksi di laman sendiri sedikit memberi kelebihan kepada Pulau Pinang selaku tuan rumah dan kita akan berusaha memburu gol awal bagi memadam dua gol yang dimiliki Pahang.

“Kami positif untuk melakukannya dan semua pemain utama dalam keadaan baik untuk diturunkan dan kami juga berharap agar semua penyokong Pulau Pinang dapat memenuhi Stadium Bandaraya bagi sama-sama memberi tekanan kepada Pahang,” katanya.

Pada waktu yang sama, kekalahan tipis mereka kepada Sabah 0-1 Jumaat lalu pada saingan Liga Premier 2015 dilihat tidak menggugat tumpuan untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Pahang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");