Berita Hari Ini

Peruntukan RM5 juta untuk ITBM

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi memastikan kelangsungan penerbitan karya asli ITBM; penganjuran program bagi mengembangkan bakat penulis dan penganjuran kali ketiga Sayembara Penulisan.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) -Berita Harian (BH) di sini, hari ini.

Muhyiddin dalam ucapannya berkata, peruntukan diberikan itu adalah komitmen berterusan kerajaan bagi merangsang dan menyemarakkan sastera kebangsaan.

Beliau berkata, ia juga sekali gus meneruskan pembangunan intelektual untuk mengangkut pemikiran bahasa Malaysia akan datang.

“Saya melihat panganjuran Sayembara Penulisan dengan kerjasama Pena dan BH sebagai satu usaha proaktif dalam mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di negara ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");