Berita Hari Ini

Plaza tol Mambau, Lukut guna tol elektronik sepenuhnya mulai 1 Jun

SEREMBAN: Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dekat sini, akan menggunakan sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya bermula 1 Jun depan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi, berkata langkah itu bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah dan pantas sekali gus mengelakkan kesesakan.

“Pengguna lebuh raya ini diminta beralih kepada sistem pembayaran tol elektronik secepat mungkin dengan menggunakan kad Touch ‘n’ Go, PLUSMiles atau SmartTAG sebelum 1 Jun bagi mengelakkan masalah ketika melalui laluan itu kelak.

“Selaras pelaksanaan sistem ini, kita menyediakan insentif keseluruhan berjumlah RM3 juta termasuk SmartTAG pada harga lebih murah daripada biasa iaitu RM104.95 mulai 1 Mei hingga 30 Jun di Plaza Tol Mambau dan Lukut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena pelaksanaan sistem itu di sini, hari ini. Beliau berkata, insentif lain adalah pengguna boleh mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n’ Go pada harga promosi RM5 di kedua-dua plaza tol terbabit.

Selain itu, pengguna kedua-dua plaza tol itu turut menikmati rebat tol sehingga 20 peratus bagi penggunaan pada 1 Jun sehingga 30 September depan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");