Jenayah

Polis buru geng curi kereta

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu kini giat memburu geng kumpulan curi kenderaan yang aktif melakukan jenayah tersebut di sekitar negeri ini, susulan penangkapan salah salah seorang ahli kumpulan berkenaan di Besut, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, polis kini telah mengenal pasti identiti rakan sepenjenayah suspek itu yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan usaha kini giat dijalankan untuk mengesan dan menangkapnya.

“Hasil siasatan awal kita terhadap suspek yang telah ditangkap, pihak polis percaya suspek ini terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes curi kereta di sekitar daerah Besut.

“Siasatan kita kini juga akan turut ditumpukan kepada pembabitannya dan rakan sepenjenayah dalam kes curi kenderaan di daerah lain,” katanya.

Kelmarin, anggota MPV Besut yang sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah pada jam 5.40 pagi di hadapan sebuah hotel di Jalan Mak Sara, Jertih melihat sebuah Perodua Kancil dalam keadaan pintu terbuka dan sistem penggera berbunyi.

Bersebelahan kenderaan tersebut, terdapat Perodua Myvi, yang mana kelihatan dua lelaki yang dalam keadaan cubaan mencuri Perodua Kancil berkenaan.

Anggota MPV itu kemudiannya bertindak menghampiri kenderaan tersebut, tetapi disedari oleh suspek yang terus memecut laju dan melarikan diri.

Setelah memohon bantuan petugas lain, anggota MPV tersebut bertindak mengejar kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki suspek telah terbabas dan melanggar hadapan pintu pagar Klinik Pergigian Kuala Besut.

Suspek dipercayai dua lelaki Melayu dan salah seorangnya berjaya ditangkap manakala rakannya dapat membolosi diri.

Suspek yang berusia 21 tahun dan berasal dari Bachok, Kelantan itu turut didapati positif morfin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");