Perak Hari Ini

PPP Perak, Berhimpun Secara Aman Bukti Sokongan Kepada PM

IPOH: Ahli jawatankuasa dan ketua bahagian mewakili Parti Progresif Penduduk ( PPP Malaysia ) Perak berkumpul dan berhimpun secara aman hari ini sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Pengerusinya, Ong Chee King,perhimpunan aman kali ini adalah untuk memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dalam meneruskan pentadbirannya.

“Kami tetap menyokong Datuk Seri Najib Razak kerana setakat hari ini polisi yang diamalkannya seperti pemberian BR1M kepada semua bangsa sedikit sebanyak telah membantu masyarakat yang berpendapatan rendah,” katanya.

Tambahnya lagi, biarpun jumlahnya tidak begitu banyak tetapi bagi golongan tertentu ianya ternyata memadai dan membantu.

“PR1MA juga merupakan sebahagian polisi yang baik terutama sekali bagi membantu individu yang baru memulakan pekerjaan pastinya tidak berkemampuan untuk menanggung dan memiliki kediaman dengan harga yang begitu tinggi.

“Pusat Transformasi Bandar atau (UTC) juga antara contoh pelaksanaan yang baik memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak kerajaan biarpun selepas waktu bekerja yang dibuka selama 7 hari seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menyertai perhimpunan aman berkenaan di perkarangan padang Ipoh sebentar tadi.

PPP Perak juga berpendapat polisi yang dilaksanakan oleh perdana menteri ternyata bersesuaian dan sentiasa mendahulukan keperluan rakyat.

“Sejarah juga telah menunjukkan perdana Menteri terdahulu juga akan melakukan tindakan yang sama dengan mendahulukan kepentingan rakyat biarpun tidak mendapat sokongan daripada sesetengah rakyat dan pihak.

“Kita PPP Perak dan semua bahagian menyokong Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");