Laporan Eksklusif

Program 3S, PROTON Edar Beri Ruang Syarikat Lain Bekerjasama

SUBANG JAYA: PROTON Holdings Bhd (PROTON) melalui anak syarikat miliknya, PROTON Edar Sdn Bhd,kini membuka peluang kepada ahli perniagaan yang berminat untuk menyertai program 3S merangkumi proses jualan, servis dan alat ganti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, langkah tersebut diambil sebagai langkah tranformasi yang berterusan di seluruh Negara untuk meningkatkan jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

“Program ini akan memberi peluang kepada pengedar untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga PROTON,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, melalui program tersebut, PROTON juga berupaya memiliki kawasan pemasaran, pengedaran dan hasil jualan yang lebih kukuh.

“Selain itu, PROTON juga berpeluang bagi merangka semula penjualan lantas meningkatkan jualan dan perkhidmatan selepas penjualan di seluruh Negara.

ART_8443

“Kini, pihak kami akan membentuk semula rangkaian infrastruktur bagi tempoh masa lima tahun akan datang melalui program 3S ini,” katanya.

Katanya lagi, ia bertujuan juga bagi mengatasi masalah pengedaran semasa syarikat seperti ketidakcekapan proses operasi dan ketidaksamaan ketika memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Tambah Harith lagi, bagi syarikat yang berminat menyertai program ini disaran untuk mengemukakan borang permohonan dan dokumen syarikat yang lengkap berserta dokumen sokongan kepada Bahagian Perancangan Rangkaian dan Pembangunan PROTON Edar sehingga 31 Mei ini.

“Orang ramai yang berminat boleh melayari laman web PROTON Edar di www.proton-edar.com.my untuk maklumat lanjut berkaitan kriteria dan memuat turun borang permohonan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");