Sukan Hari Ini

SDFC miliki peluang raih tiga mata

PERTEMBUNGAN Sime Darby FC dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Paroi malam ini diibaratkan pertembungan menaikkan semangat pemain.

Belum merasai kemenangan pertama, mungkin ini peluang anak didik Ismail Zakaria mengutip tiga mata berdasarkan prestasi semasa ATM.

TIDAK BANTU

SDFC yang tersingkir dalam saingan Piala FA di peringkat suku akhir kepada Kelantan pastinya mahu bangkit memadam kekecewaan tersebut.

Lupakan kekalahan tersebut dan fokus kepada saingan Liga Super itulah yang perlu dilakukan barisan pemain SDFC.

Namun bagi Ismail, kurangnya sumbangan dari pemain import nyata menghalang pasukan mencapai kemenangan dan ia jelas terbukti ketika aksi di Kota Bharu, Selasa lalu.

“Saya nampak import Kelantan membantu pasukan mereka, namun tidak untuk kami. Marko Perovic terpaksa dikeluarkan akibat kekejangan otot mungkin disebabkan terlalu ghairah sementara dua penyerang (Nemanja Vidakovic dan Reinaldo Da Costa) tidak memberi apa-apa kegerunan kepada Kelantan.

“Saya akui pemain tempatan berusaha sebaik mungkin. Kami kalah disebabkan tidak dapat bantuan sepenuhnya awang import,” katanya.

ALIH TUMPUAN

Berikutan tersingkir dalam kempen Piala FA musim ini, jurulatih berasal dari Kedah itu kini mahu mengalih tumpuan untuk memperbaiki prestasi pasukannya setelah menduduki tangga tercorot saingan Liga Super ketika ini.

“Kami akan tumpukan perlawanan menentang ATM, harap semangat juang pemain masih ada dan kita akan buat yang terbaik dalam masa terdekat.

“Tiada perubahan berlaku dan saya akan tetap menggunakan pemain yang sama, mungkin pemain muda bakal diketengahkan selain tiada kemasukan pemain baru,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");