Perak Hari Ini

Seminar Kerjaya Untuk Lepasan SPM, STPM

BAGAN SERAI: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari Daerah Kerian khususnya berpeluang mengintai peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dengan mengunjungi seminar kerjaya anjuran Kelab Kulaan Malaysia, Sabtu ini.

Seminar sehari itu bakal berlangsung di Dewan Mat Hassan Al-Malek, Jalan Banjar Masjid Tinggi, di sini, bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Menurut Setiausahanya,  Azlan Che Lob, pihaknya mensasarkan golongan pelajar lepasan SPM dan STPM, pusat latihan kemahiran dan juga institusi pengajian tinggi akan menyertai seminar tersebut.

“Seminar ini juga bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan serta latihan kemahiran kepada orang ramai, terutamanya pelajar-pelajar yang baru tamat persekolahan,” katanya.

Antara agensi yang terlibat dalam karnival itu termasuklah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Karnival itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab  Banjar Kerian, jelasnya lagi.

Azlan berkata, PNB akan membuka kaunter untuk pengunjung yang mahu membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan juga Amanah Saham Nasional (ASN).

“Pihak MARA juga tidak ketinggalan akan membuka kaunter bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk melihat potensi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian kelolaan agensi tersebut selain menerangkan mengenai kelayakan dan pinjaman bagi yang mereka yang berminat,” katanya.

Pihak PTPTN pula tegasnya, akan mendedahkan pengunjung tentang cara permohononan pinjaman pembelajaran dan menawarkan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Azlan di talian 016-5685289 atau Abd Kabir di talian 012-5899535.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");