Jenayah

Siasat dari pelbagai aspek

Klang: Perebutan kawasan antara motif yang disiasat polis dalam kejadian seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera ditetak selain tiga pondok pengawal diserang dan dibakar sekumpulan individu awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Abdul Samah Mat berkata, polis percaya kemungkinan itu berikutan kawasan berkenaan sebelum ini selain salah satu punca pendapatan kumpulan kongsi gelap adalah perniagaan keselamatan.

“Kita akan menyiasat dari pelbagai aspek termasuk perebutan kawasan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ditanya mengapa hanya ada seorang mangsa saja yang mati terbakar Abdul Samah berkata, polis percaya mangsa sudah dicederakan terlebih dulu dan mungkin tidak dapat melarikan diri ketika pondok pengawal itu dibakar suspek.

Bagaimanapun, Abdul Samah berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Zailan Tasir berkata, dalam kejadian berkenaan, seorang pengawal keselamatan Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, maut selepas diserang di pondok yang dikawalnya sebelum tempat itu dibakar individu tidak dikenali.

Katanya, dua lagi pondok pengawal yang terletak pada jarak 500 meter antara satu dengan lain turut diserang namun enam pengawal keselamatan dapat melarikan diri walaupun cedera ditetak.

“Muhammad Ridzhuan dipercayai berada seorang diri dalam pondok pengawal di Jalan Rodat 1/KU5 manakala seorang rakannya sedang meronda di kawasan komersial 11-Avenue ketika mangsa diserang individu yang menunggang motosikal.

“Pada masa sama, sekumpulan lagi lelaki yang menaiki motosikal turut menyerang pondok pengawal di pintu masuk utama ke Taman Awani dan di Jalan Rodat 14/KU5 yang terletak tidak jauh dari pondok pengawal di 11-Avenue,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");