Perak Hari Ini

Sidang DUN Kecoh, ADUN BN, PR Bertikam Lidah

IPOH: Sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada hari kedua menjadi kecoh dengan insiden pertikaman lidah antara wakil kerajaan dan pembangkang berhubung insiden pemakaian serba hitam pada istiadat perasmian sidang, pagi semalam.

Kekecohan berlaku selepas wakil kerajaan membangkitkan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dianggap sebagai biadap kerana memakai pakaian serba hitam pada istiadat perasmian dewan.

PERAKTODAY (1)

Pertikaman lidah berlaku antara Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dengan Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) hingga menimbulkan kekecohan dalam dewan.

Mereka kelihatan bertikam lidah antara satu sama lain hingga memaksa Speaker, Datuk SK Devamany mententeramkan keadaan.

Situasi bertambah buruk apabila kedua-dua mereka bertindak keluar dari dewan secara serentak.

PERAKTODAY1 (2)

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, wakil rakyat lain segera mententeramkan Shahrul Zaman dan Choo Kiong bagi mengelakkan pergaduhan di luar dewan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");