Sukan Hari Ini

SPA tarik diri

Kuala Lumpur: Kelab Bolasepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA FC) dijangka menjadi pasukan pertama menarik diri daripada kancah Liga Perdana yang sedang rancak berlangsung susulan masalah kewangan tidak mencukupi.

Menurut sumber, pengumuman berkenaan dilakukan pihak pengurusan SPA FC awal bulan ini dengan memberikan pemain kebenaran untuk mencari pasukan baru pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) yang dibuka ketika ini.

“Perkara ini dimaklumkan kepada pemain selepas aksi menentang UiTM FC. Semuanya berpunca daripada peruntukan kewangan yang tidak mencukupi untuk menghabiskan baki saingan Liga Perdana,” menurut sumber itu.

Liga Perdana dijangka berakhir pada Ogos.

Namun tiada sebarang tunggakan gaji berlaku kerana peruntukan kewangan masih mencukupi untuk dua atau tiga bulan lagi.

“Tapi perlawanan di Stadium Darul Makmur malam tadi mungkin yang terakhir untuk SPA FC musim ini,” tambahnya.

Difahamkan pihak pengurusan kelab turut cuba mendapatkan penaja termasuk mencari ‘pemilik baru’ bagi membolehkan kelab berkenaan terus bersaing namun masih gagal dengan beberapa pemain SPA FC dikhabarkan sedang mencuba nasib untuk bersama kelab Liga FAM Real Mulia FC kendalian Yunus Alif.

“Pemain pula terpaksa menerima hakikat itu selepas pihak pengurusan berusaha sedaya-upaya,” jelasnya. SPA FC kendalian jurulatih Mohd Shah Alias Mohd Norbit kini menghuni tempat tercorot Liga Perdana tanpa sebarang kemenangan selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Kelab gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) itu menyertai Liga Perdana pada 2013 selepas muncul juara Liga FAM setahun sebelumnya.

Seandainya SPA FC menarik diri, Liga Perdana hanya akan mempunyai 11 pasukan dan tanda tanya mengenai mata diraih dalam perlawanan sudah diharungi bakal menimbulkan persoalan. – www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");