Perak Hari Ini

Stor Kedai Haiwan Terbakar di Kampar

KAMPAR: Satu tempat penyimpanan barang di sebuah kedai haiwan terbakar dalam satu kejadian di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada 4.30 pagi di belakang Pasaraya Minat itu telah menyebabkan kemusnahan hampir 15 peratus.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi tadi.

“Anggota yang diketuai oleh PKPgB Mohd Yamin Naib telah digegaskan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman api.

“Setibanya di lokasi berkenaan, anggota mendapati hampir 15 peratus stor tersebut telah terbakar,” katanya.

Tambahnya, bomba telah menggunakan satu aliran hos reel bersumberkan air daripada tangki jentera untuk memadam api.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

“Tiada mangsa yang cedera dan haiwan yang mati dalam kejadian tersebut,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");