Perak Hari Ini

Sultan Perak Murka Dengan Tindakan Pembangkang Berpakaian Serba Hitam: DS Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menjelaskan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan perasaan murka terhadap wakil rakyat pembangkang yang memakai pakaian serba hitam pada istiadat perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, semalam.

Beliau berkata, ia bukan berdasarkan kepada interpretasinya semata-mata.

“Tuanku murka. Jika tidak, saya bersama Tuanku sepatutnya berangkat ke bilik diraja untuk santapan ringkas dan turun mencemar duli untuk bergambar bersama wakil rakyat dan kemudiannya bersalaman dengan wakil rakyat seperti tradisi,” katanya.

Berikutan insiden itu, sebaik habis sahaja titah ucapan, Sultan Nazrin memaklumkan kepada kepadanya untuk berangkat pulang, jelas Zambry lagi.

“Tak mungkin kita tidak faham selepas Tuanku bertindak begitu.

“Tetapi sebagai rakyatnya dan Menteri Besar, kita faham yakni Tuanku murka dan ini bukan interpretasi saya,” jelasnya lagi.

Ujarnya, pihak Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang melemparkan tuduhan untuk mengalih tumpuan terhadap isu sebenar hingga menimbulkan kemarahan rakyat.

“Kenyataan sebegini menunjukkan keangkuhan dan nampaknya mereka juga tidak menunjukkan rasa kesal di atas tindakan tersebut.

“Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak pembangkang, mereka juga seolah-olah menuduh saya mengambil kesempatan,” katanya.

Ujarnya lagi, istiadat perasmian itu tidak mempunyai kaitan dengan politik sebaliknya ia merupakan soal prinsip yang sewajarnya diamalkan oleh semua ahli dewan di kedua-dua belah pihak.

“Tiada kaitan dengan perbezaan politik apabila menunjukkan hormat kepada pihak pemerintah,” katanya.

Beliau sekali lagi menyuarakan kekecewaannya apabila pihak pembangkang masih cuba mempertahankan diri mereka lagi di sebalik kesalahan dilakukan.

Tambahnya lagi, alasan yang diberi iaitu mereka tidak menyalahi kod etika sebaliknya memakai pakaian itu bagi menunjukkan protes kepada empat perkara juga ibarat menegakkan benang yang basah.

“Jika benar-benar ikhlas untuk menunjukkan protes, kenapa hanya semalam dan tidak pada hari ini?

“Cukai GST bermula 1 April dan ia hanya semata-mata alasan paling cetek dan tidak munasabah yang mereka gunakan.

“Ternyata mereka tiada rasa hormat kepada Sultan Nazrin kerana memakai pakaian seperti kebiasaan pada hari ini, bukan serba hitam seperti semalam,” katanya.

Tambahnya lagi, senario nasional dan negeri mempunyai perbezaan.

“Kita tekankan mengenai detik bersejarah di Perak yang ingin dirakamkan.

“Tindakan pembangkang semalam adalah satu perbuatan yang tiada nilai kesopanan dan biadap,” ujarnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");