Berita Hari Ini

Susur Keluar Mex Di Seri Kembangan Siap 70 Peratus

KUALA LUMPUR: Pembinaan laluan keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) di Seri Kembangan kini berada pada tahap 70 peratus, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata projek persimpangan bertingkat bernilai RM112 juta itu yang bermula Disember 2013, dijangka siap sepenuhnya Disember tahun ini.

“Mengenai penetapan kadar tol di susur keluar berkenaan, ia akan diumumkan kerajaan selepas keseluruhan projek siap dibina nanti,” katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang ingin tahu mengenai status terkini pembinaan dan kadar tol laluan tersebut pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Persimpangan bertingkat itu menyediakan laluan masuk dari Jalan Putra Permai membolehkan pengguna ke Putrajaya menerusi MEX dengan lebih cepat berbanding sebelum ini menyusur laluan sejauh 17 kilometer (KM) untuk ke lebuh raya berkenaan.

Mengenai cadangan Ong supaya pengguna tidak dikenakan bayaran tol, Rosnah berkata keputusan mengenai kadar tol hanya dimuktamadkan kerajaan apabila projek itu siap dibina.

Menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai kos pengambilalihan tanah RM20 juta, Rosnah berkata kos itu mencukupi kerana ia hanyalah untuk tujuan itu sahaja yang tidak termasuk kos pembinaan struktur lebuh raya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");