Sukan Hari Ini

T-Team makin berbisa

PASUKAN berstatus kelab, T-Team terus mempamerkan aksi cemerlang apabila membenam cabaran skuad UiTM FC, 2-0 dalam aksi saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Kejayaan itu membolehkan The Titans terus mengekalkan status pendahulu liga dua minggu berturut-turut dengan kelebihan satu mata (17) berbanding pencabar terdekat, Sabah ketika ini selepas lapan perlawanan.

Lebih membanggakan apabila pengendalinya, Tomislav Steinbruckners turut mengakui prestasi pasukannya semakin menyerlah berbanding awal saingan Liga Perdana terutamanya apabila anak buahnya bermula dengan langkah kiri setelah tewas 0-2 kepada kem PKNS FC dalam aksi pembuka tirai 6 Februari lalu.

Menurutnya, keazaman yang tinggi menjadi kunci kejayaan buat anak buahnya selain menganggap setiap perlawanan diharungi itu adalah penting dan mencabar.

“Bukan mudah untuk terus mengekalkan rentak kemenangan ini lebih-lebih lagi dengan lima kemenangan di tempat sendiri tetapi dengan kerja keras semua pemain, mereka berjaya meletakkan pasukan di carta teratas liga.

“Sekarang semua pasukan akan berusaha memberi tentangan sengit kepada kita (T-Team), bagaimanapun kami terus memantapkan lagi kekuatan pasukan dari masa ke masa,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Pada pertemuan itu, tuan rumah mendahului kedudukan seawal minit kelapan menerusi ayam tambatan, Farhod Tadjiev sebelum rakan senegaranya, Sadriddin Abdullaev gandakan jaringan.

Bagaimanapun jaringan kemenangan pemain tengah kelahiran Uzbekistan itu terpaksa dibayar harga mahal apabila Sadriddin Abdullaev diperintah keluar padang kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat.

Mengulas lanjut perlawanan itu, Tomislav Steinbruckners mengakui beliau belum berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.

Katanya, ada segelintir pemain masih bermain mengikut cara sendiri sehingga terlupa untuk menerima arahan ketika berada di dalam padang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");