Jenayah

Taktik berlagak selamba gagal

BUKIT KAYU HITAM – Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki ketika melalui sekatan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Kilometer 1.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) menghala sempadan negara membawa padah, apabila ditahan pihak berkuasa, baru-baru ini.

Walaupun cuba berlagak selamba, taktik tersebut gagal mengaburi mata anggota UPP yang bertugas, sekali gus melakukan pemeriksaan ke atas suspek.

Komander UPP Kedah, Abdul Latif Abd Rahman berkata, pemeriksaan lanjut oleh anggota UPP mendapati lelaki warga tempatan itu memandu sebuah kereta curi yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya, Selangor 11 Mac lalu.

Menurutnya, pihaknya memeriksa nombor pendaftaran yang digunakan pada kereta jenis Proton Satria GTI yang dipandu suspek dan mendapati nombor pendaftaran palsu.

“Pemeriksaan ke atas suspek juga turut menemui dua paket kecil dadah dipercayai jenis syabu dan dua biji pil kuda.

“Dengan penahanan suspek ini kita berjaya menyelesaikan satu kes kecurian kereta, manakala suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Abdul Latif berkata, nilai dadah yang dirampas itu kira-kira RM310 dan disyaki untuk kegunaan suspek.

“Suspek ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus memperketat kawalan di sempadan negara dalam usaha membanteras kes-kes penyeludupan di negeri ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");