Jenayah

Tetak bapa, penganggur dijel 8 tahun

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihukum penjara lapan tahun selepas mengaku salah menetak kepala bapanya dengan parang, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Aqram Mhd Ariffin, 26, didakwa melakukan kesalahan itu di alamat Jalan Bukit Buloh, Pulai Chondong, Machang, pada jam 8.30 pagi, 5 April, tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dimaklumkan cucunya yang melihat tertuduh masuk ke dalam bilik dengan membawa parang.

Mangsa yang mengikut tertuduh ke dalam bilik dan bertanya, “cari apo?”, kemudian tertuduh dengan tiba-tiba menetak mangsa di kepala dan tangan sebelum melarikan diri.

Mangsa yang berlumuran darah dibawa ke hospital untuk rawatan dan menerima 26 jahitan di kepala.

Hukuman oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus itu diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan sehari selepas kejadian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");