Perak Hari Ini

TLDM Kesan Anggota Dipercayai Terlibat Dalam ISIS

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengesan beberapa anggotanya yang cenderung untuk terlibat dalam fahaman Islamic State in Iraq and Syria (ISIS)  berikutan kekerapan mereka menggunakan media sosial

Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pelbagai kempen bagi membanteras penularan faham berkenaan sentiasa diteruskan sehingga ke hari ini yang melibatkan kesemua warganya.

“Apabila mengetahui minat mereka dan pihak kami memberi kebenaran untuk mereka disoal siasat dengan bantuan PDRM,”katanya.

Menurutnya lagi, terdapat juga anggota TLDM dikuathiri terlibat dengan fahaman berkenaan berdasarkan siasatan yang dijalankan dan pihaknya kini sentiasa memberikankerjasama sepenuhnya bagi siasatan dijalankan keatas pihak tersebut.

“Semangat IS diharap dapat dihapuskan secara keseluruhan dan setiap kali perjumpaan warga TLDM sentiasa dinasihati berkenaannya,” katanya.

Katanya lagi, setiap warga TLDM juga sentiasa diperingati mengenai bahaya fahaman berkenaan dan disaran supaya menjauhi permasalahan IS tersebut.

“Kita telah memberikan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi menyiasat warga TLDM berkenaan perkara tersebut.

“Menjadi hasrat TLDM bagi menentukan bahawa sebarang gejalan IS tidak berlaku dalam organisasi ini,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai penubuhan pusat asuhan pertama di TLDM Lumut semalam dan dijangka akan diwujudkan di setiap pangkalan TLDM yang lain secara berperingkat.

Katanya lagi, inisiatif tersebut diwujudkan berikutan keperluan kepada penubuhan satu pusat asuhan dalam setiap pangkalan yang diharapkan mampu memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada ibu bapa.

“Pusat asuhan ini boleh membantu mengurangkan tekanan kepada keluarga yang suami isterinya bekerja dengan penyediaan pusat asuhan tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, ibu bapa akan boleh memberi tumpuan yang lebih kepada pekerjaan kelak dengan wujudnya kemudahan seumpama itu.

“Terdapat banyak kes yang dilaporkan di pusat-pusat asuhan jadi kita akan sentiasa mengawasi dan memantau pusat asuhan yang ditubuhkan ini,” katanya.

Dua pusat asuhan dirancang untuk ditubuhkan iaitu di Pengkalan Markas wilayah 1 tanjung Gelang dan Markas wilayah laut 2 di Kota Kinabalu dalam tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");