Perak Hari Ini

TLDM Mendahului Perlumbaan LLM 2015


LUMUT: Pasukan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) optimis merebut hadiah utama dalam Liga Layar Malaysia (LLM) 2015 yang bermula semalam.

Pelumba dari pasukan Navy Only One, Harisfabillah Muhamat, mendahului cabaran tersebut apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan memenangi tiga daripada empat pusingan pada acara sebelah petang semalam.

“Saya berasa yakin apabila belayar di Lumut dan mempunyai kelebihan apabila bertanding di tempat sendiri.

“Saya ingin melakukan yang terbaik kerana pada minggu hadapan adalah hari ulangtahun TLDM,” katanya.

TLDM juga bakal menyambut ulang tahun penubuhannya ke-81 pada 27 April depan.

Peneraju pasukan RMN Match Racing Team, Ishak Jab, selesa menduduki tempat ketiga apabila meraih dua kemenangan kali ini biarpun turut menerima kekalahan sebanyak dua kali.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan pada hari ini (semalam) dan akan memperbaiki kedudukan esok (hari ini),”katanya.

Terdahulu, pemenang LLM dari pasukan Perak Sailing Team, Hazwan Hazim Dermawan mengungguli perlumbaan apabila memenangi kesemua pusingan.

Manakala ketua pasukan OP One, Mohd Sharenliza Ghazali, menduduki tempat keempat dengan kemenangan tunggal.

Pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor berpeluang menyaksikan perlumbaan tersebut dengan menontonnya melalui atas feri mahupun berada di jeti awam.

DSC_0284DSC_0251 (1)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");