Membawang Hari Ini

Tolak babak bersentuhan

Kota Bharu: Model dan selebriti popular, Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap, 29, mahu mengurangkan aktiviti lakonan, sebaliknya menumpukan kepada bidang penulisan serta dakwah.
Katanya, kini lebih berhati-hati menerima tawaran berlakon kerana enggan melakonkan watak yang bersentuhan dengan lelaki.

“Ini pendirian saya kerana sebagai umat Islam, saya mahu menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelum ini.

“Malah fokus kepada penulisan secara tidak langsung akan membolehkan saya berdakwah kepada semua, bukan hanya kepada umat Islam saja tetapi penganut agama lain supaya mereka tahu cara hidup Islam sebenar,” katanya.
Raisyyah Rania ditemui di Pesta Buku Kelantan 2015 di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Beliau hadir mempromosikan buku pertama nukilannya bertajuk Amoi Berhijab yang berada di pasaran sejak Disember lalu.

Katanya, buku itu sudah terjual sebanyak 15,000 naskhah, malah turut dipasarkan di Indonesia, Brunei dan Singapura berikutan permintaan tinggi daripada peminatnya.

“Saya juga baru mengeluarkan buku kedua yang dihasilkan bersama Diana Amir, Heliza Helmi dan Irma Hasmie berjudul Hijabsista Hijrahsista.

“Melalui kedua-dua buku ini, saya berkongsi kisah kehidupan bagaimana saya berubah dari kecil dan selepas memeluk Islam.

“Walaupun masih baru, saya suka berkongsi pengalaman dengan orang lain untuk memberi motivasi kepada mereka supaya tertarik dengan Islam,” katanya yang akan mengeluarkan buku ketiga Ogos ini sempena setahun pengislamannya yang berjudul Baby Muslimah.

Mengulas mengenai buku ketiga itu, katanya, ia akan mengupas isu dan cabaran dihadapi sebagai seorang mualaf selain pengalaman pahit dan manis bergelar muslimah.

Harapannya supaya semua buku tulisannya mampu memberi perangsang kepada orang bukan Islam untuk mendalami dan mencintai agama syumul ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");