Berita Hari Ini

12,133 pesalah trafik serah diri dalam Ops Warta

KUALA LUMPUR: Sejumlah 12,133 pesalah trafik telah menyerah diri di seluruh negara dalam Ops Warta yang masih berjalan dan memasuki hari ke-11 hari ini.

Menurut laporan trafik Bukit Aman, Johor berada di senarai teratas sebanyak 2,889 orang, diikuti Selangor (2,443), Pulau Pinang (1,012) dan Perak (976).

Sehingga hari ini, sejumlah 2,474 pesalah ditahan kerana gagal menyelesaikan waran tangkap mereka di seluruh negara. Mereka terdiri daripada 729 individu yang akan didakwa dan 1,745 yang telah diikat jamin.

Ops Warta bermula pada 19 Mei lepas bagi menjejak pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");