Berita Hari Ini

1MDB terima dana pelaburan RM3.6 bilion

Putrajaya: Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima dana pelaburan berjumlah RM3.6 bilion (USD1 bilion) menerusi perjanjian yang wujud di antara International Petroleum Investment Company (IPIC), anak syarikat pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investment (Aabar).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, menerusi perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran sebanyak RM3.6 bilion berkenaan pada atau sebelum 4 Jun ini dimana RM3.5 bilion daripada dana itu akan digunakan 1MDB bagi membayar balik pinjamannya.

Beliau berkata, bayaran balik pinjaman itu akan dibuat lebih awal daripada tarikh akhir seperti ditetapkan bank peminjam.

“Kerjasama strategik dan perjanjian yang wujud antara 1MDB dengan IPIC itu adalah sebahagian langkah-langkah lanjutan bagi menangani secara keseluruhan aset dan liabiliti transaksi kewangan antara pelbagai pihak.

“Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah lanjutan itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini semalam.

IPIC bersama 1MY Strategic Oil Terminal Sdn Bhd (1MY) adalah rakan kerjasama strategik bagi membangunkan projek pembangunan kemudahan penyimpanan minyak mentah dan petroleum jangka panjang atas di Tanjung Piai, Johor bernilai RM21 bilion.

Manakala, Aabar Invesment pula menjalinkan kerjasama dengan 1MDB bagi membangunkan projek berimpak tinggi jangka panjang termasuk pelaburan dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM18 bilion.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");