Berita Hari Ini

24 Pegawai Kanan Polis Bertukar, Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 24 pegawai kanan yang berkuat kuasa pada tarikh lapor diri.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komuniti Korporat) PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Jamshah Mustapa bertukar ke pejabat Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan memangku pangkat Senior DCP.

Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman SAC, Datuk Zainal Abidin Kasim dilantik sebagai Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), memangku pangkat DCP di cawangan dan jabatan sama.

SAC Datuk Hasnan Hassan yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak, memangku pangkat DCP.

Penolong Pengarah Siasatan Inteligen dan Analisis/Tatacara Perundangan E6 Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Awaludin Jadid pula dilantik memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) dengan memangku pangkat DCP di cawangan dan jabatan sama.

Sementara itu, Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Abd Aziz Hussin dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) dengan memangku pangkat DCP di cawangan dan jabatan sama.

SAC Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Sementara Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Datuk Rosli Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Polis Terengganu, kedua-dua pegawai berkenaan memangku pangkat DCP.

Ketua Penolong Pengarah (D8) Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Dev Kumar pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.

SAC Hashim Ali yang sebelum ini Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Jabatan Pengurusan Bukit Aman kini dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang SAC Datuk Mohd Zakaria Ahmad pula bertukar ke IPK Pulau Pinang sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah.

SAC Datuk Shamsiah Mohd Shariff dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

SAC Kamarulzaman Md Jan yang memegang jawatan Komander pasukan Gerakan Udara Jabatan KDN/KA Bukit Aman pula dilantik menjadi SAC KDN/KA Kepolisan AM.

Pemangku SAC Chong Mun Phing yang memegang Timbalan PJSJK (Perancangan/ Startegik/Inspektorat) JSJK Bukit Aman dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Jenayah Komplot) JSJK Bukit Aman dengan terus memangku pangkat SAC.

Kenyataan itu turut memaklumkan pelantikan 11 pegawai kanan PDRM kepada pemangku DCP dan Senior DCP dengan mengekalkan jawatan dan jabatan sama.

Dua pegawai dilantik sebagai Senior DCP ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman DCP Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman DCP Datuk Leo Chong Cheong.

Lapan pegawai dilantik pemangku DCP ialah Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Wan Abd Hamid Wan Mahmud, Ketua Cawangan Khas IPK Johor SAC Datuk Ramli Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Luar (E3) Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Khariri Jaafar, Ketua Eksekutif Institut Keselamatan Awam (IPSOM) Kementerian Dalam Negeri SAC Dr Lee Bee Phang dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perlindungan Keselamatan E6 Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Mohamed Farid Abu Hassan.

Turut dilantik Timbalan Pengarah II, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman SAC Datuk Zulkapli Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ektremis Politik (E4), Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Mohd Haniff Hanuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Rosly Abas serta Ketua Cawangan Khas IPK Kedah SAC Datuk Abu Bakar Ahmad.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");