Jenayah

29 ditahan positif dadah

DUNGUN – Seramai 29 penagih ditahan menerusi operasi yang dilancarkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama anggota bahagian siasatan jenayah dan narkotik IPD Dungun, di sini, kelmarin.

Operasi yang dijalankan bermula jam 5 pagi hingga 1 tengah hari itu tertumpu di sekitar Felda Kerteh 2 dan 3.

Antara yang ditahan ialah seorang mekanik berusia 28 tahun dipercayai dalam perjalanan untuk mengedar dadah di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 2.

Pengarah Agensi Dadah Negeri, Rohayu Ahmad berkata, mereka yang ditahan berusia di antara 25 hingga 50 tahun.

“Ketika ditahan mekanik berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk menjual dadah kepada penagih-penagih yang menunggunya di ladang kelapa sawit. Hasil pemeriksaan ke atas suspek, kami menemui 12 tiub dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dan sebiji pil kuda di dalam beg dipinggangnya.

“Suspek dipercayai mula aktif menjadi pembekal kepada penagih sejak setahun lalu dan mempunyai rekod kesalahan lampau, dia ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, pemeriksaan air kencing ke atas 28 lagi suspek yang ditahan didapati positif dadah dan kesemua mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, kesemua mereka akan menerima hukuman di bawah seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah dan seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");