Jenayah

44 Pati diberkas dalam Ops Ikrar Imigresen

DUNGUN – Jabatan Imigresen Terengganu menahan 44 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) atas pelbagai kesalahan dalam serbuan ‘Ops Ikrar’ di sini, awal pagi tadi.

Operasi bermula 4 petang semalam dan berakhir pada 1 pagi itu menyasarkan projek pembinaan di Kawasan Perindustrian Paka, kedai makan dan rumah kongsi di sekitar bandar Dungun.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Ahmad Shalihin Salleh berkata daripada tangkapan itu, 28 warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Sementara empat lagi ditahan kerana tinggal lebih masa di negara ini dan 12 ditahan di bawah seksyen 39 (b) akta peraturan Imigresen kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

“Serbuan yang dilaksanakan hasil daripada pemantauan dan aduan orang ramai berkenaan kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya Pati tersebut dibawa ke depoh tahanan sementara Imigresen di Ajil untuk tindakan lanjut. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");