Perak Hari Ini

6 Balai Bomba Terpilih Tukar Waktu Bekerja Kepada 12 Jam

IPOH: Sebanyak enam buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daripada 14 buah balai di negeri ini telah bertukar waktu perkhidmatan sistem kerja atau shift 24 jam kepada 12 jam bagi para anggotanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, PPjB Sayani Saidon berkata, Perak merupakan antara negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi anggota yang bertugas dengan menguna pakai sistem waktu bekerja 24 jam.

“Sebelum ini, terdapat 14 balai dimana anggotanya bertugas secara shif 24 jam.

“Tetapi sekarang, enam buah balai bomba sudah diubah kepada shif 12 jam,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2015 Peringkat JBPM Negeri Perak, pagi tadi, di sini.

Menurut Sayani lagi, bilangan anggota bomba sukarela juga masih tinggi berbanding bomba bantuan di negeri itu.

“Bomba bantuan baru sahaja dilancarkan pada tahun lepas, maka, pengambilan anggota masih lagi sedikit,”katanya.

Jelas beliau lagi, terdapat perbezaan diantara pasukan bomba bantuan dan juga pasukan bomba sukarela.

“Bomba bantuan diletakkan dibawah Akta Bomba dan diberi latihan secara formal di Akademi Bomba selama 10 hari.

“Mereka ini akan dibayar berdasarkan elaun, atau berdasarkan per jam perkhidmatan yang diberikan,”katanya.
PERAK TODAY 5

Jelasnya lagi, bagi pasukan bomba sukarela pula, masih dibawah seliaan pihak Bomba dan pasukan itu juga didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan dan Jabatan.

“Pasukan bomba sukarela ini tidak diberi elaun, tetapi mereka dilindungi oleh insurans.

“Mereka juga tidak menerima latihan di Akademi Bomba, sebaliknya menerima latihan di balai-balai bomba,”jelasnya.

Katanya lagi, JBPM Negeri Perak juga turut menerima pertambahan jentera yang merangkumi tiga buah lori tiga tan, empat buah bot serta peralatan menyelamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");