Sukan Hari Ini

Alexis Sanchez Pemain Terbaik Pilihan Peminat

PENYERANG Arsenal, Alexis Sanchez dipilih sebagai Permain Terbaik Pilihan Penyokong Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Anugerah itu diterima hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lebih daripada 200,000 undian diterima selepas senarai 10 pemain terbaik diumumkan pada awal Mei dan Sanchez telah menewaskan pemain Chelsea, Eden Hazard serta penyerang Manchester City, Sergio Aguero untuk memenangi anugerah tersebut.

Sanchez berhijrah ke Emirates dari Barcelona dengan bayaran perpindahan sebanyak 35 juta pound (RM196 juta) pada musim panas lalu.

Pemain kelahiran Chile itu menjaringkan 16 gol serta membuat lapan jaringan PADA musim pertamanya bersama skuad The Gunners.

Pencapaianya itu membuatkan Sanchez turut disenarai pendek untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang dipilih juri profesional. Bagaimanapun ia dimenangi Hazard.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");