Sukan Hari Ini

Arsenal hebat, Villa mampu cipta kejutan

ARSENAL selaku juara bertahan akan bertandang ke Stadium Wembley, hari ini sebagai pilihan untuk sekali lagi menjulang mahkota kejuaraan Piala FA Inggeris selepas mereka mengalahkan Hull City dalam masa tambahan, musim lalu.

Lawan mereka, Aston Villa mempunyai jalan cerita yang penuh dramatik musim ini selepas mereka berjaya mengutip mata yang secukupnya untuk terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ini setidak-tidaknya akan memberi moral yang secukupnya untuk mereka bermain di Wembley tanpa tekanan terutamanya apabila mereka adalah barisan bukan pilihan manakala Arsenal pilihan majoriti.

Aston Villa di bawah bekas kendalian Paul Lambert dilihat sebagai pasukan yang mengalami krisis dan ramai memberikan kata putus bahawa selagi mereka berada pada prestasi yang sama mereka akan jatuh ke bawah musim ini.

Namun, siapa yang menyangka perubahan yang berlaku selepas itu akan membawa mereka ke final Piala FA serta kekal dalam kancah EPL serta juga perubahan yang berlaku di bawah bimbingan Tim Sherwood!

Pelantikan Sherwood akan dikatakan sebagai titik perubahan yang begitu penting dan ia akan menjadi sejarah jika Aston Villa berjaya mengalahkan Arsenal lewat malam esok.

Kemasukan pengendali berkenaan membangkitkan penyerang gergasi Villa iaitu Christian Benteke yang sebelumnya di bawah Paul Lambert dilihat sebagai seorang penyerang yang telah hilang bisanya dengan kecederaan yang berturutan dan ia sekali gus mengakibatkan bahagian serangan Villa.

Christian Benteke mengembalikan senyuman peminat peminat setia Villa dengan jaringan demi jaringan sehingga memastikan mereka selamat dan kekal di EPL, musim hadapan.

PENYERANG gergasi Villa, Christian Benteke. – Foto AP

Antara perlawanan terbaik mereka musim ini di Piala FA adalah ketika menentang Liverpool di separuh akhir apabila mereka menenggelamkan keseluruhan pasukan Liverpool dengan prestasi yang luar biasa dari pasukan Tim Sherwood.

Arsene Wenger wajib memenangi Piala FA untuk mengatakan bahawa ia adalah satu musim yang baik. Beliau mengalami satu tahun yang konsisten di 2015 terutama dalam EPL tetapi tewas kepada Monaco dalam Liga Juara-Juara yang menjadi titik hitam musim ini.

Ia untuk memulihkan kekecewaan itu beliau harus memenangi Piala FA. Arsenal menjadi pilihan ramai terutama dengan prestasi bahagian serangan mereka yang berada pada tahap yang terbaik. Saya menjangkakan permainan yang terbuka dan gol.

RAMALAN STANLEY

ASTON VILLA…………..3 ARSENAL………..2

(NOTA: Penulis tamu BH Online adalah bekas pemain kebangsaan, termasuk beraksi dalam dua perlawanan menentang Manchester United.

Selain beraksi untuk Kuala Lumpur dalam Liga Malaysia, Stanley juga beraksi dalam liga di India dan Indonesia. Ketika ini dia adalah pengulas bola sepak di stesen televisyen ASTRO Supersports dan Arena)-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");