Membawang Hari Ini

Artikel kontroversi: Ayda Jebat beri penjelasan

SEJAK kebelakangan ini, nama pelakon bertubuh genit ini mula menjadi perhatian dek lakonan berkesannya menerusi drama Rindu Awak 200%.

Seperti kebiasaannya apabila populariti mula mendaki ke puncak, ada sahaja kontroversi baharu yang muncul.

Begitu jugalah yang berlaku kepada Ayda Jebat sejak kebelakangan ini.

Bermula dengan isu melobi penerbit untuk mendapatkan tawaran berlakon, terbaharu, satu artikel dalam blog yang menggunakan tajuk ‘Video Ayda Jebat kantoi ehem dengan produser’ telah menimbulkan kontroversi.

Cuba bersabar pada mulanya dengan sikap mementingkan diri sesetengah pihak yang cuba meraih populariti dengan menjatuhkan orang lain, Ayda berkata, dia sedar itulah harga yang perlu dibayar dalam menempuh onak ranjau sebagai anak seni.

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, ada ketikanya emosinya terjentik jua.

“Bila baca tajuk dia memang melampau, tapi bila baca kandungan artikel ternyata ia cuma artikel yang ditiru dari portal rasmi.

“Bagaimanapun saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan bagi perkara yang mengaibkan ini. Tapi mujurlah selepas pihak saya hubungi blog tersebut mereka bersetuju untuk memadam artikel tersebut.

“Saya harap blogger yang masih guna tajuk tersebut atau mengambil link yang sama untuk blog mereka supaya padamkan segera. Jika ada hati perut anda padamlah. Tak guna tulis macam tu. Kalau kena pada adik atau kakak anda macam mana?,” ujarnya kepada Zass.

Lebih membimbangkan Ayda, sikap sesetengah masyarakat yang hanya membaca tajuk dan kemudian memberi komen liar, secara tidak langsung akan memburukkan imejnya.

“Memalukan saya dan famili. Adakalanya masyarakat suka baca tajuk sahaja tanpa buka link tersebut dan boleh tersalah anggap.

“Namun saya sangat berterima kasih kepada media dan blogger yang membantu saya dalam kerjaya.

“Tapi buat mereka yang suka tulis tajuk mengaibkan ni bukan saya saja yang tak suka, ALLAH pun tak suka,” katanya kepada Zass, baru-baru ini.

Ditebak dengan kontroversi yang mengatakan dia gemar membodek produser, Ayda menjelaskan tidak ada isu membodek dalam kerjayanya.

“Tiada cara lain (untuk berjaya) selain disiplin, kerja keras dan sayangkan peminat. Saya percaya macam mana cara pun kita bodek penerbit kalau dah Tuhan takdirkan bukan rezeki kita maka kita takkan dapat. Lebih baik bekerja dengan baik dan bagus,” akhirinya.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");