Membawang Hari Ini

Artis Popular Di Konsert Mini Karnival Felcra Esok

PETALING JAYA: Barisan artis popular tanah air akan mengadakan persembahan sempena Karnival Pelancaran Menara Felcra di Jalan Gurney, dekat sini pada Sabtu ini.

Pengacara Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 41, berkata konsert berkenaan adalah sesuatu yang amat bermakna kepadanya kerana sudah lama tidak muncul dalam sebuah persembahan besar di ibu kota.

“Sudah tentu mini konsert ini memberi kegembiraan kepada saya kerana sekian lama tidak muncul dalam persembahan di ibu kota dan ini adalah kemunculan yang cukup bermakna kepada saya selaku pengacara majlis,” katanya kepada mStar Online.

Antara barisan artis popular yang bakal membuat penampilan pada sambutan itu ialah Tomok, Fauziah Latiff, Adira, Sharifah Shahira, Saleem dan Faradhiya.

Didie bakal bergandingan dengan sahabat baiknya iaitu Sharifah Shahira selaku pengacara.

Dalam pada itu, menurut Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, konsert ini bakal memberi keunikan dan tarikan tersendiri untuk menghiburkan para pengunjung.

“Ia adalah gandingan artis pelbagai generasi dan pastinya akan memberikan tarikan tersendiri dan kami berharap agar mini Konsert Felcra ini mendapat sambutan membanggakan daripada seluruh warga kota,” katanya.

Selain acara persembahan hiburan, terdapat juga program untuk wanita seperti pertandingan memasak dan Liza Abdullah akan bertindak sebagai juri bagi mengadili masakan peserta.

Dalam pada itu, pelakon Syanie juga turut diundang untuk berkongsi kepakaran memasak menerusi beberapa menu hidangan.

Pengunjung juga akan turut mendapat pelbagai informasi menerusi program Forum Perdana yang diadakan menampilkan Ustaz Datuk Fauzi Mustafa dan Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin yang akan berkongsi intipati tentang kerohanian.

Karnival Pelancaran Menara Felcra itu bermula pada Rabu lalu sehingga Ahad ini.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");