Berita Hari Ini

Arul Kanda nafi cuba lari dari prosiding 1MDB

SHAH ALAM – Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menafikan bahawa pihaknya mahu lari dari prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Sebaliknya, Arul Kanda menegaskan beliau dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Ibrahim Halmi masih berhasrat untuk hadir memberi keterangan kepada PAC.

“Berbeza dengan laporan akhbar baru-baru ini dan kenyataan oleh individu-individu tertentu, kami ingin menjelaskan bahawa pada 21 Mei, 1MDB mengesahkan menerima surat daripada Kementerian Kewangan bersama surat jemputan dihantar PAC.

“Jemputan ini yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan meminta syarikat hadir menjawab pertanyaan PAC pada 26 Mei,” katanya.

Katanya, beliau sedia memberikan kerjasama penuh ke atas prosiding yang bakal dilaksanakan.

“Tarikh baharu bagi prosiding pendengaran sedang ditetapkan dengan PAC. Kami sekali lagi mengulangi hasrat kami untuk memberi kerjasama penuh kepada PAC.

“Kami berharap untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu dan mempunyai peluang untuk menjelaskan kedudukan 1MDB, ” katanya lagi.

Prosiding syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed? memaklumkan penangguhan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen, semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");