Laporan Eksklusif

ASEAN, Negara Ketiga Perlu Bantu Selesai Isu Pelarian Rohingya – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyarankan agar negara-negara Asean dan negara ketiga memainkan peranan bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya.

Najib melalui penulisan terbaru di laman blognya najibrazak.com berkata, amat penting bagi kesemua negara tersebut bersama-sama dengan kerajaan Myanmar untuk mencari satu jalan penyelesaian ASEAN secara bersama.

“Selain itu, negara-negara lain seperti negara ketiga pula perlu memainkan peranan untuk membantu membanteras permasalahan ini disamping menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan,” katanya.

Beliau turut berharap, agar pertubuhan-pertubuhan seperti OIC dan juga PBB turut memainkan peranan masing-masing supaya masalah kemanusiaan seperti pelarian Rohingya ini dapat diatasi.

Sementara itu, Najib juga turut menyatakan bahawa penemuan kubur-kubur besar di kawasan dipercayai kem pemerdagangan manusia berhampiran sempadan Perlis-Thailand tersebut telah mengejutkan banyak pihak.

Ia juga amat jelas memperlihatkan bahawa pelarian berkenaan telah didera dan dizalimi dengan sangat kejam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand turut menerima kesan daripada daripada tragedi kemanusiaan yang berlaku tersebut namun, demi kedaulatan negara, orang luar tidak boleh memasuki sempadan negara ini dengan mudah.

Namun sebagai manusia biasa, beliau juga mengakui bahawa timbul rasa belas kasihan terhadap nasib yang menimpa masyarakat Rohingya tersebut yang sanggup mengambil risiko meredah lautan daripada terus tinggal di bumi Myanmar.

“Saya akui, setelah melihat keadaan pelarian Rohingya ini, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, saya telah membuat keputusan mengarahkan operasi menyelamatkan mereka di perairan kita,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");