Sukan Hari Ini

Axelsen kejutkan Lin Dan

BINTANG muda Denmark, Viktor Axelsen melakar kejutan terbesar pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Australia apabila menumbangkan juara dunia lima kali, Lin Dan pada pusingan pertama.

Berusia 21 tahun, Axelsen bagaimanapun sedikit cemas berhadapan pilihan kedua kejohanan itu apabila tumpas set pertama dengan 19-21.

Namun, Axelsen bangkit sebelum menundukkan juara Olimpik dua kali, Lin Dan 21-12, 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa selama satu jam 13 minit.

Dengan kemenangan itu membuktikan Denmark yang suatu ketika sukan badminton kurang diminati kini semakin menonjol dengan kehadiran pemain pelapis yang berbakat.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");