Sukan Hari Ini

BAM cabar Wei Feng bukti kemampuan

PEMAIN perseorangan negara, Chong Wei Feng perlu berada dalam kelompok 16 terbaik dunia sebelum penghujung tahun ini sekiranya berhasrat beraksi di Sukan Olimpik, tahun depan.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen ketika ditemui berkata, Wei Feng perlu menunjukkan prestasi yang positif dalam baki perlawanan akan datang bagi membolehkan beliau layak beraksi pada kejohanan tersebut.

“Pihak pengurusan sudah mengatur perancangan untuk dia termasuk dihantar lebih banyak beraksi di kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) Emas.

“Tapi untuk meningkatkan ranking, dia perlu bekerja keras dalam baki kejohanan selepas ini bagi mencari sebanyak mungkin mata.

“Dan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016, dia perlu berada dalam kelompok 16 terbaik dan kedudukan itu pernah dicapainya sebelum ini dengan syarat dia tidak berdepan masalah kecederaan,” katanya di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 27 tahun itu kini berada di kedudukan ke-32 dunia.

Legenda Denmark itu bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk Wei Feng kerana ramai pemain berlumba-lumba memburu tiket ke Olimpik dan mengambil bahagian di kejohanan berkenaan.

“Memang bukan mudah tetapi bukan juga mustahil. Setiap bulan perlu ada pertandingan dan dia tidak boleh menarik diri,” katanya.

Mengulas sasaran Sukan Sea 2015, Frost optimis kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mampu memenangi pingat, manakala dalam acara individu, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya empat pemain mara ke akhir.

“Pada masa ini, kita perlu menerima hakikat bahawa tahap kita tidak terlalu tinggi, namun yang lebih penting, saya mahu mereka komited dan menampilkan prestasi yang baik.

“Sudah semestinya saya mahu melihat komitmen mereka dalam usaha mencapai penghargaan kepada negara. Dan, sudah tentu untuk memenangi seberapa banyak pingat emas,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");