Berita Hari Ini

Bangun luar bandar capai negara maju 2020

Rembau: Kerajaan menggariskan beberapa pendekatan untuk membangunkan kawasan luar bandar yang menjadi sebahagian idea dan ciri ke arah mencapai negara maju menjelang 2020.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kawasan luar bandar mempunyai keistimewaan tersendiri terutama dalam mencetuskan idea dan kreativiti yang boleh diketengahkan.

“Kerajaan BN (Barisan Nasional) sentiasa peka kepada pembangunan luar bandar kerana kita melihat kawasan ini berpotensi untuk dikembangkan. Apa yang saya lihat, mereka mempunyai kumpulan daya fikir kreatif, mampu menjana idea baru hinggalah ke tahap menghasilkan pengeluaran produk atau perkhidmatan berkualiti.

“Kita melihat, kawasan luar bandar menjadi tempat menjana hasil pengeluaran seperti pertanian, perikanan dan bahan diperlukan masyarakat. Keduanya, sektor di luar bandar mempunyai potensi, keistimewaan selain terdiri penduduk rajin bekerja.

“Ketiga, sektor luar bandar adalah satu kelompok masyarakat selalunya berterima kasih kepada kerajaan terutama BN. Sebab itulah, selama kita (BN) diberi amanah mentadbir negara, kita langsung tidak mengabaikan sektor luar bandar kerana di situ terdapat sekolompok besar masyarakat baik Melayu atau bukan Melayu yang sentiasa menghargai sumbangan diberi kerajaan untuk membela nasib mereka.

“Sebab itulah, ada kampung yang sebelum ini mundur, sekarang berubah dan menjadi lebih maju. Begitu juga perkembangan anak-anak mereka yang kita boleh lihat sudah mencapai atau menjadi insan berjaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015 di Dataran Rembau di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan.

Pada majlis itu, Kampung Batu 16, Muar, Johor dipilih pemenang Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2015. Kedua milik Kampung Kundur Hulu, Rembau manakala Kampung Lintang, Sik, Kedah tempat ketiga.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");