Membawang Hari Ini

Beto melayang di udara

Ruangan OffDuty yang ditampilkan sebagai salah satu segmen menarik dalam e-magazine, Zon Interakrif Pesona (ZIP) membawa pembaca mendekati hobi masa lapang selebriti tempatan.

Keluaran pertama ZIP Mac lalu menyaksikan Ezlynn dengan aktiviti berbasikal. Diikuti edisi April, Fizo bersama hobi menunggang kuda dan sempena keluaran Mei, ZIP mewawancara pengalaman menarik pelakon Beto Kusyairy mengenai hobi ekstrem paragliding.

Disertakan video dan foto menarik disediakan Orkid Jamilah, Beto mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih profesional, Kapten Ikhwan Azillah daripada Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM ).

Berlokasikan Paragliding Flight Park, Bukit Jugra, Banting, Selangor, Beto sempat berkongsi saat panik ketika kali pertama terbang secara solo pada 24 September tahun lalu.

“Kali pertama terbang secara solo adalah pada 24 September tahun lalu. Ia hanya membabitkan ‘takeoff’ dari puncak Bukit Jugra yang berketinggian 300 meter dan mendarat berhampiran ‘landing area’ bersebelahan Paragliding Flight Park Jugra.

“Perasaan saya agak nerve wrecking!! Setiap paraglider dibekalkan walkie-talkie untuk kemudahan perhubungan antara pelajar dan jurulatih ketika di udara. Nak dijadikan cerita, walkie-talkie saya mengalami masalah dan tidak berfungsi semasa penerbangan pertama saya.

“Keadaan itu hanya disedari ketika saya sudahpun ‘airborne’. Berbekalkan segala ilmu teori yang diajar jurulatih, Kapten Ikhwan, saya dapat mendarat dengan selamat tanpa sebarang komunikasi,” sebahagian kata-kata Beto dititipkan dalam temu bual OffDuty ZIP.

Dia juga yang mencintai laut dan sering terbabit dalam aktiviti menyelam, mencabar diri untuk menakluk dan mengawal ketakutan. Jelas pelakon versatil itu, sukan ini sangat menuntut disiplin dan kesabaran yang tinggi.

Dengan paragliding juga dia dapat melihat keindahan dan menghargai alam serta isinya dari sudut pandang yang berbeza daripada orang lain.

“Pemandangan dari dasar laut dan kini udara, kedua-duanya sangat berbeza dan mengajar saya bahawa dunia ini adalah lapangan yang mengajar manusia untuk sentiasa merendah serta tidak lupa diri.

“Bahkan air dan angin, dua elemen alam yang sangat tenang namun mempunyai kuasa yang begitu hebat. Ia boleh membantu dan juga mampu menghancurkan. Betapa besar kuasa Allah SWT dalam menciptakannya. Secara tak langsung mengingatkan saya betapa kerdilnya diri ini,” katanya.

Bagi pembaca yang gemarkan bahan bacaan informatif dan interaktif, jangan lupa muat turun aplikasi Zon Interaktif Pesona atau ZIP e-magazine menerusi AppStore atau Google Play Store ke telefon pintar dan tablet anda.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");