Perak Hari Ini

Bukan Masa Untuk Berbalah, Bersatu Laksanakan Agenda Pembangunan Negara -PM

GOPENG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kepada semua rakyat agar terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui kepimpinan negara.

Beliau berkata, pada masa ini bukanlah masa untuk berbalah antara satu sama lain tetapi perlu mencapai muafakat dalam memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan.

“Sebab itulah, ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama kita… bukanlah satu masa untuk menyuruh pemimpin turun daripada jawatan tetapi masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Lawatan Kerja Ke Negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, sebentar tadi.

PERAKTODAY10

Turut hadir sama, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Najib yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pemimpin juga manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesalahan, namun itu bukanlah sebab untuk menjatuhkan hukuman.

“Dalam mana-mana pentadbiran pun tidak lekang kerana manusia ada kelemahan… cuma saya minta bagilah peluang dan kepercayaan serta sokongan kepada saya.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk negara kita yang mana saya mesti melakukan dengan segala kudrat dan kekuatan yang diberikan oleh Tuhan kepada saya untuk rakyat serta negara.

“Banyak lagi perkara yang boleh lakukan dan banyak lagi agenda kita, tunggulah kita akan maklumkan kepada rakyat,” tegasnya.

PERAKTODAY6

Katanya, sokongan yang telah diberikan oleh rakyat, parti komponen BN serta semua pihak merupakan jaminan Malaysia yang bersatu padu atas semangat prinsip 1Malaysia.

Terdahulu, perhimpunan Perdana Menteri bersama rakyat tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri serta barisan pimpinan BN negeri untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau.

Perak juga merupakan negeri pertama yang dilawati oleh Najib sempena lawatan kerjanya selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Hampir 20,000 orang telah hadir dari seluruh pelusuk negeri Perak bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");