Sukan Hari Ini

Bukan rezeki TRW bergelar juara

KETUA jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pasukannya terpaksa membayar harga yang tinggi atas kesilapan kecil di barisan pertahanan.

Bagaimanapun, beliau berjanji skuad itu akan bangkit semula dengan lebih mantap pada musim depan.

“Selepas gol penyamaan, kami fikir semua akan berjalan lancar dan boleh memenangi perlawanan ini tetapi malangnya gagal. Bukan mudah menentang Lions XII yang bermain dengan baik.

“Kami juga mempunyai banyak peluang tetapi gagal melakukan jaringan,” katanya menyifatkan bukan rezeki The Red Warriors (TRW) bergelar juara, malam kelmarin.

Lions XII selaku pasukan bukan pilihan, melakukan kejutan apabila membuka jaringan awal pada minit keenam menerusi pemain sayap, Faris Ramli sebelum Kelantan menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Wan Zack Haikal Wan Noor.

Pemain gantian, Sahil Suhaimi muncul wira Lions XII apabila melakukan jaringan gol kedua pada minit ke-81 dan kemudian menyempurnakan tendangan penalti pada masa kecederaan minit ke-94.

Tambah Azraai, kesemua anak buahnya akan diberi cuti rehat dan kembali menyambung semula latihan pada minggu depan.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan dan menyokong TRW musim ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");