Jenayah

Cedera ketika bergegas ke lokasi nahas

MIRI – Seorang koperal polis yang bergegas ke lokasi kebakaran di sebuah taman perumahan di Pujut hari ini patah tulang dada kiri setelah dilanggar sebuah kereta di Jalan Bulan Sabit di sini.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, ketika kejadian pada 7.20 pagi, Koperal William Bell Jep, 51, daripada unit peronda Ibu Pejabat Daerah Miri yang duduk di bahagian penumpang, sedang dalam perjalanan dari arah bandaraya Miri ke Pujut dengan kereta MPV polis dipandu rakannya Koperal Mohd Firdaus Mohd Aris, 34.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Honda dari arah Krokop ke Taman Pelita tidak memberi laluan kepada kereta MPV itu walaupun siren dan lampu isyarat kecemasan telah dipasang,” katanya kepada Bernama.

Tian Kee berkata, pemandu kereta Honda itu seorang lelaki berumur 65 tahun, dan Mohd Firdaus, tidak mengalami sebarang kecederaan manakala William mendapat rawatan di hospital. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");