Perak Hari Ini

Dadah Bernilai RM44,800 Dirampas

IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak telah berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM44,800 dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sepasang kekasih di sini, pada Selasa lalu.

Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner Yap Toon Khuan berkata, dalam serbuan yang telah dilakukan pada jam 11.20 malam itu, pihak polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Wira bernilai RM11,000.

“Serbuan telah diketuai oleh Inspektor Hambali Abdul Majid bersama anggota pasukan pada 5 Mei lalu di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Syukur, Ipoh.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menemui dadah jenis Ketamin seberat 1.12 kilogram yang bernilai RM44,800,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki berumur 30 tahun bekerja sebagai pekerja pendawaian dan manakala, suspek wanita yang berumur 38 tersebut pula merupakan seorang peniaga.

“Hasil siasat mendapati, suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau manakala wanita yang dipercayai teman wanitanya itu pula mempunyai dua rekod kesalahan lampau serta dikehendaki polis,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam saringan awal yang dilakukan oleh pihak polis mendapati, kedua-dua suspek yang berasal dari Ipoh itu didapati positif dadah jenis Amphetamine.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula dari 6 Mei 2015,”tegasnya.

Katanya, polis percaya bahawa suspek telah melakukan aktiviti pengedaran dan penjualan dadah di sekitar kawasan Bercham dan Ipoh Garden dianggarkan selama tujuh bulan.

“Jika dadah ini dijual secara runcit dengan berat sebanyak 50 gram setiap satu, mereka boleh memperolehi sebanyak RM62,300 daripada hasil jualan,”jelas beliau.

Tambahnya lagi, kes tersebut telah dikasifikasikan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman mandatori, gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang sudi memberi maklumat dan bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di negeri ini.

“Pihak polis mengesyorkan supaya orang awam menyalurkan lebih banyak maklumat kepada polis supaya kita bersama-sama mampu membanteras dan menangkap pengedar dadah di negeri Perak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");