Membawang Hari Ini

Didie Alias, Sharifah Shahira kembali berganding

GANDINGAN dua pengacara hebat tanah air, Didie Alias dan Sharifah Shahira bakal menggamat dan memeriahkan lagi Mini Konsert Felcra sempena Karnival Pelancaran Menara Felcra, Sabtu ini di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Pengacara yang sering menarik perhatian ramai dalam penampilannya, Didie Alias akui teruja untuk mengendalikan konsert tersebut.

“Sekian lama tidak muncul dalam persembahan di ibu kota, ini adalah kemunculan yang cukup memberikan kegembiraan kepada saya selaku pengacara mini konsert ini. Sudah tentu,” katanya.

Bergandingan dengan sahabat baiknya, Sharifah Shahira juga selaku pengacara, mini konsert selama dua jam setengah ini menjanjikan persembahan mampat dan bertenaga seluruh artis yang terlibat.

“Melihat senarai artis, ia adalah gandingan artis pelbagai generasi yang tentunya memberikan tarikan tersendiri. Justeru, kami mengharapkan mini Konsert Felcra Sabtu ini pada jam 8.30 malam mendapat sambutan membanggakan seluruh warga kota,” kata Sharifah Shahira.

Konsert yang akan berlangsung di kawasan menara tersebut akan menampilkan Tomok, Fauziah Latif, Adira, Didie Alias, Sharifah Shahira, Saleem, Faradhiya dan ramai lagi.

Pengunjung turut berpeluang mendapat pelbagai informasi menerusi program Forum Perdana yang menampilkan Ustaz Datuk Fauzi Mustafa dan Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin dalam berkongsi intipati tentang kerohanian

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");