Sukan Hari Ini

Dollah yakin Pilihan Malaysia beri aksi maksimum

JURULATIH Harimau Malaya, Dollah Salleh optimis skuad kendaliannya memiliki keupayaan untuk memberi saingan sengit kepada Tottenham Hotspur pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Malah, Dollah tanpa berselindung mengakui skuad bimbingannya sudah bersedia membuktikan kemampuan bersaing dengan anak didik Mauricio Pochettino itu walaupun mengakui pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan mudah untuk ditumbangkan.

“Sukar untuk saya meletakkan sebarang harapan luar biasa kepada pasukan Pilihan Malaysia kerana bukan satu perkara mudah beraksi menentang Spurs yang turun dengan barisan terbaik.

“Namun saya yakin, jika mereka beri aksi maksimum, pasukan kita juga mampu mempamerkan persembahan menarik dan memberi tentangan yang pastinya tidak akan mengecewakan penyokong setia Harimau Malaya.

“Jangan sangka Malaysia tak boleh. Malaysia boleh dan akan turun dengan aksi yang berbeza nanti,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pasukan di The Saujana Hotel, semalam.
Mengulas mengenai kehadiran lima pemain import pada aksi kali ini, bekas pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mengakui ia sedikit sebanyak dapat menguatkan lagi barisan Harimau Malaya untuk bertemu Spurs.

“Kehadiran pemain import ada kebaikan untuk pasukan. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjadikan pasukan kita seimbang. Malah semangat yang ditunjukkan oleh pemain import dalam mengharungi perlawanan tersebut jelas terpancar di wajah mereka.

“Mereka memberikan komitmen yang tinggi dan kelihatan bersungguh-sungguh ketika sesi latihan, keserasian dengan pemain tempatan juga dilihat semakin baik,” katanya.

Bagi perlawanan menentang Spurs, Dollah kehilangan beberapa pemain tonggak kebangsaan yang beraksi untuk Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Piala AFC menyebabkan Dollah terpaksa menyenaraikan lima pemain import yang beraksi di Liga Malaysia bagi menguatkan pasukannya antaranya Paulo Rangel (Terengganu), Ali Ahsfaq (PDRM), Thiago Silva (Perak) dan dua pemain Selangor, Guiherme De Paula dan Robert Cornthwaite.

Kali terakhir Malaysia menentang Spurs adalah pada 1979 yang berakhir dengan kekalahan 4-0.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");