Perak Hari Ini

Dua Maut, 1 Cedera, Kebakaran Libatkan Lori 10 Tan


BIDOR: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kebakaran yang melibatkan sebuah lori 10 tan, di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 11.41 pagi.

“Sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian mendapati, kebakaran tersebut melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan paip.

“Dua orang mangsa dilaporkan telah rentung akibat terbakar dan seorang lagi mengalami kecederaan parah di lokasi kejadian,” kata sumber.

Sumber berkata, kejadian dipercayai terjadi semasa kesemua mangsa sedang memindahkan paip ke dalam lori tersebut.

“Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada perlanggaran paip dan wayar eletrik bervoltan tinggi yang berada di lokasi berkenaan,” ujarnya.

Operasi yang diketuai oleh PBK I Azlan Mahayidin tersebut turut mendapat bantuan daripada BBP Tapah.

IMG-20150522-WA0003

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");