Jenayah

Dua mayat askar Mexico ditemui akibat helikopter ditembak jatuh

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menemui dua mayat askar yang hilang selepas kartel dadah menembak jatuh sebuah helikopter tentera dengan pelancar roket, kata pegawai hari ini.

Ketua Polis Persekutuan, Enrique Galindo berkata, pihak berkuasa percaya ketua kartel dadah, Jalisco New Generation berada dalam konvoi penyerang apabila helikopter Cougar itu ditembak jatuh di barat negara itu, Jumaat lalu.

Terdahulu, pihak berkuasa melaporkan bahawa kejadian berlaku di antara bandar Casimiro Castillo dan Villa Purificacion menyebabkan tiga askar terkorban dan berpuluh lagi cedera dan tiga lagi hilang. Operasi mencari dan menyelamatkan dikerah di wilayah Jalisco.

“Kami percaya ketua kumpulan penjenayah itu berada dalam kejadian di Casimiro Castillo dan sebab itu berlaku serangan berkenaan,” kata Galindo.

Kartel berkenaan diketuai Nemesio Oseguera, “El Mencho,” tetapi Galindo berkata, tiada ketua kumpulan ditahan ketika operasi berkenaan dan berakhir dengan penahanan 19 orang. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");