Sukan Hari Ini

Elak penyokong lompat pagar masuk padang

POLIS menafikan kekecohan tercetus selepas aksi Liga Super Pahang menentang Perak malam kelmarin berpunca tindakan anggota menghalang penyokong masuk untuk melipat bendera gergasi seperti didakwa segelintir penyokong, lapor NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis tidak ada halangan untuk penyokong berbuat demikian kerana dalam perlawanan sebelum ini mereka dibenarkan berbuat demikian tanpa masalah.

Menurutnya, dalam kes malam kelmarin, polis hanya mengambil tindakan perlu bagi mengelak suasana tidak terkawal dalam Stadium Darul Makmur apabila melihat ada penyokong yang cuba melompat pagar masuk ke kawasan padang.

“Kita hanya benarkan beberapa orang sahaja masuk untuk melipat bendera tersebut, namun mungkin tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir yang lain.

“Pada saya tiada isu di sebalik kekecohan itu kerana polis menjalankan tugas mengawal keadaan supaya keadaan sentiasa berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas menghalang penyokong masuk memandangkan ketika itu ada dua pemain, Mohd Razman Roslan dan Mohd Saiful Nizam Miswan (Poyeng) berada di kawasan tersebut.

“Kita khuatir ada penyokong yang ghairah menyerbu masuk untuk bergambar dengan dua pemain tersebut sehingga gagal dikawal anggota bertugas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");