Jenayah

Enam tauke pelacuran ditahan bawah Poca

KUALA LUMPUR – Enam tauke pelacuran ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dari awal tahun ini sehingga semalam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, mereka adalah antara 247 yang ditahan bagi kesalahan lain di bawah akta dan tempoh yang sama.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melipatgandakan usaha membanteras masalah pelacuran ini. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama kepada PDRM, membekalkan maklumat kepada usaha kita ini,” katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook.

Sepanjang tahun lepas, beliau berkata 351 orang ditahan di bawah akta sama, dengan 18 daripadanya adalah tauke pelacuran.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterism (Stagg) yang berjaya menangkap 25 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam serbuan di pusat-pusat hiburan di Johor dan Pahang, semalam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");